Friday, February 24, 2012

detik terus berlalu

perjalanan yang terjauh dan makin jauh..kadang kadang terfikir adakah akan sampai
waktu berhenti??..yea pasti akan berhenti kerana perjalanan yang terlalu amat letih..
kegembiraan dalam sedih..ketenangan dalam sedih..hati yang cube menolak erti sedih..
cuba dibuang jauh jauh kesedihan itu tetapi siapa lah aku hamba yang terlalu lemah..
lemah untuk menolak kesedihan...
ku paksa diriku untuk hidup dalam kegembiraan...tapi adakah aku ikhlas dalm kegembiraan
itu??.hati tiada lagi perasaan marah tapi perasaan kecewa mula hadir..terlalu kecewa...tapi
untuk apa aku kecewa jika sudah tertulis...ku cube untuk berperang dengan diri sendiri..
hati berbelah bagi...antara sifat kecewa dan rindu..ku cuba tolak sifat itu jauh jauh tapi
perhubungan yang bergerak dulu meninggalkan aku...
perlukah kecewa dalam hidup ini? mungkin kerana itu lah yang sebenarnya kerna ku tak
mampu untuk teruskan perjalanan yang aku rasa amat gila..
mulalah sifat rapuh hadir dalam hidupku..
detik waktu terus berjalan akan memaksa aku yang tak mampu untuk teruskan...
sampai bila?? entah la..mungkin sehingga di liang lahat nanti barulah kerinduan
aku temui...teruskan dengan apa yang kau yakini...teruskan dengan keselesaan yang kau temui..
insyallah pasti kerinduan itu menunggu aku di pintu liang lahat..dengan harapan tiada deraian kesesalan kerna itu yang dipinta olehmu...
maka masa itu tiada lagi kerinduan...tiada kenangan...yang hanya tinggal adalah jasad yang tidak pasti untuk diingati...
ya allah,permudahkan lah segala kesulitanku...permudahkanlah segala kerinduan aku....permudahkan lah kekecewaan ku,,,,permudahkanlah segalanya..
ku tungu di pintu liang lahat yang pasti dan kutunggu janjimu ya allah..pasti aku akan temui pintu tersebut dalam ketenangan kerna masa itu lah aku berjaya melihat kerinduan yang terlerai..kekecewaan yang terlerai...kekusutan yang selama ini meragui aku...

rapuhnya hidupku...

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padamu

Thursday, January 19, 2012

jumaat yang amat tenang..

alhamdulillah sejak aku jumpa ayah fik,aku makin tenang..syukur pada allah sangat sangat kerana banyak perubahan dalam hidup aku yang aku nampak...ku bermohon supaya allah teguhkan hatiku agar kekal dalam keadaan sekarang.ku bermohon tiada lagi aku memilih perkara yang menyesatkan aku di alam akan datang nanti...buat azli dan nurul, kami dah tiada masalah lagi, maksud aku jika aku balik nanti aku tiada hutang apa apa pun dengan diaorg, cuma aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengan diaorg..xpe la aku doakan diaorang hidup bahgia.untuk along aku doa harapkan azli dan nurul dapat membentuk dia supaya kembali jalan yang asal,
bagi aku aku dah x pedulik semua tu, yang penting aku tumpukan keluarga aku....

teruskan lah kehidupan masing2 kerana kita ada haluan sendiri.biar lah allah yang menentukan kehidupan aku sekeluarga...bukan EGO yang wujud dalam hidup aku sekarang ni,tapi mungkin sedikit terkilan masih bermain dalam kepala aku...aku rindu pada diaorg semua tapi bila aku cuba nak berjumpa,aku mula menangis bila terbayangkan wajah mereka...jadi biarlah allah sahaja yang tentukan...aku tiada daya kekuatan untuk harungi semua ini....

alhamdulillah, aku sekeluarga makin rapat, kami semua makin kukuh ikatan..hanya allah sahaja lah yang mampu memisahkan kami sekeluarga...aku pun banyak salah dalam kehidupan aku seharian...aku pun akui pernah gagal dalam membentuk keluarga..tapi insyallah aku makin ada kekuatan untuk harungi semua ini...

kakak akan menyambut hari ulang tahun ke 6 isnin ni,insyallah aku akan belikan dia hadiah yang dia inginkan...cuma bila sesekali dia luahkan isi hatinya pada aku,aku terus menitik air mata sebab aku tak mampu nak beri..
kakak- ayah,kakak nak cakap bole?
ayah- cakap la,kenapa kakak?
kakak- kakak rindu kat acu tapi kakak tak tahu nak cakap kat sapa sebab kakak tau ayah marahkan acu,sebenarnya kakak teringin nak pergi rumah acu tapi kakak takut ayah marah.
ayah- kakak,ayah tak marahkan acu,kalau kakak nak tau,acu dan uncle azli adalah orang yang paling ayah sayang,tapi disebabkan ada masalah sedikit,ayah terpaksa menjauhkan diri dari diaorg,insyallah nanti ayah akan bawa kakak pergi sana yea jumpa acu...
kakak- yea ke ayah??? jangan lupa yea ayah,kakak ingat janji ayah....
ayah- aku hanya boleh menitiskan air mata sahaja,tak mampu untuk aku meluahkan isi hati aku,...

aku cuba buang semua tu tapi hati aku tetap sayu bila teringat,sedih sangat rasanya.....

Tuesday, November 8, 2011

akhirnya

Akhirnya rindu aku terlerai..w'pun tak lame tapi dapat gaku jumpe.allah sahaje yg mengetahui isi hati aku.bagi aku,aku tiada masalah dengan azli.alhamdulillah aku dah pun mohon maaf n dia pun dah pun mohon maaf.cuma 1 pintaku, jaga lah isteri dan anak baik2...rindu allah saje yg mengetahui..demi allah rindu aku pd adik ipar aku betul2 terubat.fikir dek akal,takan lah org yg aku sayang aku nak burukkan?.tapi xpe lah..

Friday, September 9, 2011

ini lah kehidupan

dah pukul 3.20 pagi...mate masih x ngantuk lagi...sementare menunggu mata pejam,aku singgah sekejap di blog aku yang dah lama sangat x update....

sedih,lesu,nak menangis,..semua ada...akhirnya aku jugak yang dipandang hina,dipandang mcm sampah..sedihnya allah sahaja yang tahu...apa hikmah disebalik semua ni?.tak sangka,akhirnya aku kehilangan adik beradik...betul betul kehilangan..adakah salah aku nak berkecil hati kerana rindukan diaorang??..salah ke jika aku marah semata mata untuk menjadikan along orang yang berguna??.adakah dadah itu lebih mulia berbanding apa yang aku lakukan??.adakah kesenangan itu lebih mulia dari apa yang aku lakukan pada adik??.sedih luluh hati aku,aku cuba membetulkan keadaan tetapi adakah ini balasan yang aku terima??.aku dianggap seperti sampah..ya allah..sedihnya..
kenapa dengan 1 sms kepada azli boleh membuatkan kemarahan dan kerinduan aku terpadam??.kenapa dengan adik terpaksa berpuluh sms tetapi masih tidak selesai??.siapa yang ego sebenarnya??.kenapa adik terlula beria sebelahkan azli hingga tahap aku ni mcm sampah??.kenapa??..gambar adik still dalam dompet aku,bukan gambar isteri ku tetapi ada dia nilai betapa kasihnya aku terhadap dia??.sedikit pun x terlintas untuk dia mengalah...orang sekeliling yang ada otak tertanya tanya mane adik ko tak dtg ke?...aku dgn senyum "dia keje".
warkah ini aku tulis bukan kerana ego tetapi kerana rindu aku pada mereka semua...tetapi mereka pernah toleh kebelakang sebentar utk mengenang siapa aku??...isteri aku berkorban,tetapi ada orang nampak??...
aku rasa dah sampai masanya aku pergi meninggalkan mereka semua dan dengan cerita karut ini..ya allah salah ke jika aku berdoa supaya lupa kan adik beradik??.sedih lah....ikhlas??nak sebut psl ikhlas tak payah la..ko pun tak ikhlas...ada korang call aku dan akhirnya aku tetap paling hina....

Monday, July 4, 2011

satu demi satu

along kantoi lagi dgn aku.kate dah berhenti tapi masih lagi buat kerja lame.susah nak cakap,adik plak still macam biasa sentiasa tak nampak kesalahannya..aku ni dah 30 lebih, malas dah sebenarnya nak bertekak.ape salah aku pun aku tak tau...2 hari aku menangis memikirkan masalah along...now aku malas dah nak cakap, aku kdg2 buntu dengan keadaan sekeliling aku.ada aje yg x kena...sedih jugak bila teringat mak ayah..aku nak berubah la....betul2 nak berubah...aku rase dh tiba masa aku dekat dengan allah..bukan lah maksud aku aku x solat atau lupe allah tapi sampai dah masanya mengenal diri aku yg sebenar...aku takut aku dah jauh hanyut dengan keadaan sekarang.allah huakhbar...

Thursday, June 16, 2011

tak tahu apa punca segalanya

sentiasa ada masalah baru datang.perasaan kurang senang hati tetap muncul tak kira siapa termasuk orang sekeliling aku.ada je tak kena.aku kadang kadang dah naik muak melayan kerenah manusia yang sentiasa ada yang tak kena...
mungkin ni yang dinamalan dugaan...along kantoi sms dengan aku, adik sentiasa dengan keegoaannya...orang sisi aku sentiasa meminta tapi bila aku inginkan,macam macam alasan,sampai dah main sumpah sumpah ni yang aku tak suke sangat...hmmm...
sakit aku makin teruk...alhamdulillah semoga sakit aku ni dapat mengurangkan dosa dosa aku yang lalu....aku terima segalanya....aku teringin sangat bebas..bebas membuat keputusan tanpa melibatkan penolakan...kenapa bila percakapan aku sentiasa ada penafian???...
ya allah semoga sakit perut aku ni makin teruk...aku redha menghadapinya...semoga niat aku untuk berimamkan pak mentua aku ketika aku pulang mengadap allah dimakbulkan...
mak ayah...bangah tak sabar nak jumpa mak ayah....walaupun bangah tau azab kubur terlalu pedih tetapi biar lah bangah terima dari bangah terus hanyut dengan dosa dosa dan kesalahan yang akan bangah lakukan....